Pages

SOALAN TEMUDUGA MARA

Assalamualaikum..

Segala puji hanya bagi Allah.. :-)

Dengan izin Allah sya dah dpt mengumpulkan semua soaln2 yg pernah ditanya semasa temuduga Mara.. Harap semua dpt ambil manfaat terutama buat yg nk ambil mara interview tu..

ZoNe Ayat SKema..
----------------------------------------------------------------------------------------------
ZoNe AyAT RoJak

Mmang soaln nilah dia akan tnya...jrang ar dia psal current issue.. tpi pay attention pda current issue based on the course yg korang ambil erk... * apela trmasuk current isu la tu..huhuhu tpi tak la psal psl politik ke dan sewaktu dengannya mcm pengetahuan am..atau global issue..

satu lgi nak gtau jangan merapu semasa temuduga dan never2 korang menipu... sbb diaorang yg interview korang tu bukan calang2.. golongan professional doe..hahah.. so jgn ckp benda yg korang rasa korang tak tahu.. nnti dia tanya secara mendalam lagi tentang benda tu ..pdan muka korang....hahah...JGN MERAPU DAN MENIPU...ingat..!!!

LIST SOALAN TEMUDUGA MARA:

1)Tell me about yourself/Describe about yourself/hometown/family background/
Tell about your history./ What kind of person are u?/ What skills do you have?

2)Why Mara and not JPA?

3)Which country do you prefer to pursue your studies and why/ Which country
would you like to study?/ Which University??/ What is the advantage the place u choose?

4)Which country do you wanna go?Other than that??Why??/
Why do you want to go UK not US?/ Why do u choose UK instead of middle east?

5)Why do you want to be a doctor/pharmacist/engineer?/ Why are you becoming a doctor/
pharmacist, not an accountant or engineer?(tell alot of thing)

6)Tell me a little bit about nervous system?(a bit knowledge bio or che)

7)Why do you choose Medic/pharmacy?/Why medicine/pharmacy not accounting??/
Do you think medic/pharmacy is suitable for you?

8)Tell me briefly about medical/pharmacy.

9)Why UK/Ireland?

10)What field of medicine/pharmacy do you want to specialize in?/ Why you choose the
specialization???Tell a bit about your specialization u choose??

11)Why wouldn't you consider the option of studying in India or Indonesia??/ What if
we give you other countries?Will you accept??

12)Where would you see yourself in 10 years time?

13)Will you continue serving the goverment or open up your own clinic?/
Are you willing to work with government hospitals?

14)Should a doctor/pharmacist live a glamorous life?

15)If we were send you to Australia/ middle east would you accept??

16)Would you perform abortion?

17)Are you nervous?

18)Do you have boyfriend?( Don laugh, this is really experience from mara scholar..hahaa)

19)Do you listen to music?

20)What kind of music you prefer?

21)Who inspire you to become a doctor/pharmacist/ who encorage you?

22)As a Muslim, what can you do about this field?

23)What do you do in your spare time?/ What have you been doing at home?

24)Do you have any question for us..(must ask to show your interest for the scholarship)

25)How are you today?

26)What are u going to do upon compltetion of your study?

27)How can you contribute to MARA?

28)Tell us about some health issue.

29)What is your secret to success?

30)How does your friend describe you??

31)Why do you think you can be a good doctor/pharmacist??

32)Tell me about the program you have chosen(IB , A-lvel)

33)Sports?/ What sports are you active in??

34)How's your sibling??

35)Highest achievement?/ Tell us about your achievement and what u have done
in the past??

36)Describe what sort of person we are looking for in the candicate.

37)Where do you live??

38)How will you contribute to Bumiputra?

39)Who is your mom?dad?

40)Why should we give you the scholarship?/ Why do you think that you are more
special from other candicates so we should give you the scholarship?/Why you and
not other people?/ Why do u want this scholarship and why u are the right candicate
for it?

41)Anda seorang yang pemalas(Dia tnya BI sja bagi BM snang cket)

42)What is your weakness??/Apakah selling point anda/bad point(untuk bad point bagi
dlm konteks positive macam saya ni kurang sabar dalam mencari kejayaan ..say sanggup
korbankan byk masa demi capai2 cita)/What is your strength?

43)Medic/Pharmacy ni bukan bidang mudah.Anda kena study je.Korbankan masa lapang awak,
waktu bersosial awak dan sebagainya. What is your opinion?

44)Kenapa nak lanjutkan pelajaran di luar negara , tidak di dalam negara?

45)Sejarah MARA, Objektif, Pengerusi MARA,Pengarah MARA??

46)Apa pendapat anda tentang pelajar2 yg enggan pulang ke tanah air selepas tamat
belajar?

47)Whose is your role model??Why??

48)Tell me about your cocuricular activities.

49)Adakah wang itu penting.?

50)Apakah perbezaan schlarship MARA dgn JPA?

51)Tell me about qualities to be a doctor/pharmacist. Dou have the quality?

52)Is medical/pharmacy in ______ is better than other country?Why?

53)What is mission that u have set yourself? Your short and long term goals?

54)Why do u think u can achieve your mission with this scholarship?/Why did u choose
the scholarship to advace your mission.?


---------------------------------------------------------------------------------------------
ZONE BI PULAK.

Hope all of u will get the benefit from this post. InsyaAllah. :-)

Penghayatan Dalam Menimbulkan Rasa Kasih Sayang terhadap Rasulullah



Assalamualaikum...,

Segala pujian bagi Allah dan selawat ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad,

Sempena Maulidur Rasul yang baru lepas beberapa hari, saya ingin berkongsi
cara-cara bagaimana saya menghayati dan menimbulkan perasaan kasih sayang terhadap junjungan besar kita Nabi Muhammad.

Antaranya ialah dengan mendengar lagu nasyid bertajuk "Pemergianmu" dendangan kumpulan In Team. Cubalah anda hayati liriknya amat menyentuh hati dan bayangkan kita sedang bersama Rasulullah ketika saat-saat akhir kewafatannya....




Dan cara lain adalah melalui sumber di bawah ini....


"Rasulullah merindui umat akhir zaman" .....****

Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar. Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.

Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai. Wajahnya yang tenang berubah warna. "Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.

"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.

"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula. Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum. Kemudian baginda bersuara:

"Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasul Allah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."

Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan ‘ikhwan’ baginda: "Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.

"Malaikat," jawab sahabat.

"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah, sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah. Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, " Para nabi."

"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."

"Mungkin kami," celah seorang sahabat.

"Bagaimana kamu tidak beriman, sedangkan aku berada ditengah-tengah kamu," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.

"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.

"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.

"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu. Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.

Begitulah nilaian Tuhan. Bukan jarak dan masa yang menjadi ukuran. Bukan bertemu wajah itu syarat untuk membuahkan cinta yang suci. Pengorbanan dan kesungguhan untuk mendambakan diri menjadi kekasih kepada kekasih-Nya itu, diukur pada hati dan buktikan dengan kesungguhan beramal dengan Sunnahnya.

Pada kita yang bersungguh-sungguh mahu menjadi kekasih kepada kekasih Allah itu, wajarlah bagi kita untuk mengikis cinta-cinta yang lain. Cinta yang dapat merenggangkan hubungan hati kita dengan baginda Rasulullah.

Selawat & salam buat junjungan mulia Rasulullah.s.a.w..."Berselawatlah untukku satu kali, maka Allah akan berselawat untuk nya 10 kali” hadis riwayat muslim(1/288, no.384)

Sabda Nabi SAW “ Dari Ibnu Mas’ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.” (Hadis Riwayat At-Tarmidzi)

Sabda Nabi SAW : “ Dari Abu Hurairah r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda : Janganlah kamu jadikan kuburku sebagai tempat perayaan dan berselawatlah kepadaku , maka sesungguhnya bacaan selawatmu itu akan sampai kepadaku dimana sahaja kamu berada .“ (Hadis Riwayat Abu Daud)

Ketika berjumpa sahabat handai atau saudara mara sesama Islam . Sabda Nabi s.a.w : “ Tiadalah dua hamba yang saling cinta mencintai kerana Allah yang berjumpa salah seorang yang lain lalu berjabat tangan ( bersalam ) dan berselawat kepada Nabi s.a.w . melainkan Allah mengampuni dosanya sebelum mereka berpisah , baik yang telah lalu ataupun yang akan datang.“ (Hadis riwayat Ibnu Sunni)

Ketika akan memulakan sesuatu pekerjaan yang baik atau penting . Sabda Nabi s.a.w : “ Setiap pekerjaan yang baik yang tidak dimulai dengan hamdalah (memuji Allah) dan selawat , maka pekerjaan atau urusan itu terputus dan hilang barkahnya.“ (Hadis Riwayat Ar-Rahawi)

Ketika mendengar orang menyebut nama Nabi s.a.w . Sabda Nabi s.a.w : “ orang yang bakhil itu adalah orang yang tidak mahu berselawat ketika orang menyebut namaku di sisinya.“ (Hadis Riwayat At-Tirmidzi)

Ketika telinga berdengung . Sabda Nabi s.a.w : “ Jika telinga salah seorang dari kamu berdengung , maka hendaklah ia mengingati dan berselawat kepadaku.“ (Hadis Riwayat Ibnu Sunni)

Ketika mengalami kesusahan dan kebimbangan. Diberitakan oleh Ubay bin Kaab r.a. bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w, ujurnya : “ Ya Rasulullah bagaimana pendapat engkau sekiranya aku jadikan selawat untuk engkau semua? Jawap Rasulullah s.a.w “ Kalau demikian Allah akan memelihara engkau baik mengenai dunia mahu pun mengenai akhiratmu.“ (Hadis Riwayat Ahmad)

Setiap waktu pagi dan petang . Sabda Nabi s.a.w : “ Barang siapa berselawat kepadaku waktu pagi sepuluh kali dan waktu petang sepuluh kali , maka ia akan mendapat syafaatku di hari kiamat.“ (Hadis Riwayat Thabarani)

Berdasarkan dari hadis-hadis diatas, jelas bahawa membaca selawat kepada Nabi s.a.w adalah suatu dari rangkaian iman dan ibadah yang wajib disempurnakan oleh kaum Muslimin dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan. Semoga dengan sentiasa berselawat ke atas Nabi, Allah akan memberi rahmat dan keberkatan dalam kehidupan kaum Muslimin.


Fadilat Selawat - untuk renungan

Rasulullah SAW telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku. Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."

Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."

Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."

Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."

Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.

Ayuh jangan kita melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SUMBER : Al-Hikmah @ Facebook

Satu Kedatangan

Assalamualaikum,....

Dunia sedang berubah...

Aku dapat rasakannya di air...

Aku dapat rasakannya di daratan...

Aku dapat menghidunya di udara...

Namun adakah kita menyedari tentang semua ini. Sudah tentu tidak! Kerana semua ini adalah fitnah atau penipuan terbesar pada akhir zaman. Adakah saudara sedar tentang apa saya maksudkan??

Ya, dajjal lah saya maksudkan.



Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal.

Dan telah disebutkan di muka riwayat Ibnu Majah dari Abi Umamah Al-Bahili Radhiyallahu ‘anhu yang menyebutkan sabda Rasulullah saw mengenai Dajjal bahwa di antara fitnah Dajjal ialah ia berkata kepada orang-orang Arab kampung, “Bagaimana pendapatmu jika aku bangkitkan ayahmu dan ibumu? Apakah engkau mau bersaksi bahwa aku ada-lah tuhanmu?” Orang itu menjawab, “Ya.” Kemudian dua syetan menyerupakan diri seperti ibu dan ayahnya, lalu keduanya berkata. “Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dia adalah tuhanmu.”



Alhamdulillah, segala puji bagi Allah...
telah munculnya anak Islam yang bernama Nooregeaaa, Achernahr, Abdullah Hashem, Freedomtou,Warid dan lain-lain yang telah membongkar rahsia sistem dajjal yang telah lama bertapak di dunia. Mereka telah menerbitkan siri yang membongkar sistem dajjal yang bertajuk "The Arrival" yang berjumlah 50 siri tidak termasuk intro dan outro. Ya, mungkin saudara masih tertanya-tanya tentang apa yang saya maksudkan. Anda akan lebih faham selepas mengikuti mengikuti siri-siri ini. Saudara akan dapat mengetahuinya juga. Hanya orang yang sombong dan bongkak tidak sanggup menghadapi kebenaran ini. Itulah kenyataannya...

Buat pengetahuan saudara, saya bukanlah sesempurna ahli agama atau seumpamanya, tetapi sebagai saudara sesama Islam saya merasakan adalah amat wajar bagi saya untuk menyebarkan kebenaran ini.

Di dalam episod 39 siri ini terdapat fahaman syiah dan siri yang ke-40 akan menjawab penjelasan mengenai fahaman Islam tersebut agar anda tidak melulu membuat kesimpulan.
Percayalah...kehidupan anda akan berubah selepas ini..

Saya ingin bertanya kepada saudara...
Adakah saudara akan berpatah balik selepas mengetahui kebenaran??..
Itu pilihan saudara...
Saudaralah yang menentukan kehidupan saudara sendiri...

Saya menyeru umat Islam agar ikutilah semua episod tersebut...
Lakukanlah dengan niat kerana Allah untuk mencapai kebebasan minda dan kebenaran...
LET'S FREE OUR MIND..
AND PREPARE OURSELVES FOR THE RISING OF UMMAH...
ALLAHUAKBAR....

Untuk mendapatkan kebenaran sila ikuti siri tersebut melalui link di bawah...

Intro
01
02
03
04
05
06
07
08
09
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
Outro